Wednesday, February 22, 2012

Tragedi Februari :'(

Dah lama aq tak update blog aq..oleh kerana bnyak kes yang berlaku minggu nie..
Aq terasa bagaikan terpanggil untuk aq meluahkannya di blog aq..
Sesungguhnya minggu ini banyak sungguh dugaan yang menimpa penduduk "Istana Semeling"(gelaran bagi rumah sewa aq sekarang..tempat aq diami sebagai tempat perteduhan..tempat berlindung daripada hujan dan panas)..
Minggu ini sahaja buat pertama kalinya..kediaman kami dipecah masuk oleh lahanat yang mmg keparat.. Mmg banyak kerugian yang rakan2 aq tanggung..paling sedih sekali..motor salah seorang member aq di curi..motor kawasaki rr tuh!!..bknnya murah bhai..semoga beliau bersabar atas ketentuan Illahi ini..(lepas nie xdak lagi lar stok utk aq fly atas highway..lepas nie kena blajaq fly guna 125zr,rxz ngn ex5 lar pulak..hehehe)
Manakala motor seorg member aq lagi xdapat dilarikan..motor jenis yamaha 125zr..beliau bernasib baik kerna beliau tak terlupa untuk mengunci motorsikal beliau..namun hanya suis motor beliau shja yg xdpt digunakan lagi..
Dan yg paling terbaru adalah semalam....kawan2 aq hampir di samun oleh 2 org bangang semasa dalam perjalan pulang daripada membuat tugasan di luar dgn menaiki kereta milik seorg penghuni "Istana Semeling"..mujur larh tiada yg mengalami kecederaan yg parah kerna penyamun lahanat tersebut telah memecahkan cermin tingkap kereta beliau..
Semoga apa yg berlaku pada minggu nie ada hikmah disebaliknya.. Semoga kita lebih berhati2 pada kelak hari.. :)
Apa2 pown ucapan takziah aq ucapkan kpd ampa semua...(bukan ucapan kematian shja yg boleh menggunakan ucapan takziah kan??terkena musibah pown boleh k..) =)